Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bandar di Filipina diselubungi abu

    MANILA, 5 JUN – Sebuah gunung berapi di timur Filipina memuntahkan kabus hitam yang besar hari ini, mendorong pemindahan dari bandar yang dilitupi abu, sementara pihak berkuasa memberi amaran mengenai kemungkinan letusan seterusnya.

    Letusan dari gunung berapi Bulusan di wilayah luar bandar Sorsogon berlangsung kira-kira 17 minit, mencetuskan kepulan kabus kelabu setinggi satu kilometer (km), menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PhiVolcs).

    Tidak ada korban jiwa dilaporkan namun pihak berkuasa meningkatkan tahap amaran kepada satu dari sistem lima peringkat, menunjukkan ‘pergolakan peringkat rendah’.

    “Berlaku letusan freatik gunung berapi Bulusan, bermakna letupan itu disebabkan oleh air mendidih di bawah kawah,” kata ketua PhiVolcs, Renato Solidum kepada radio tempatan DZBB.

    Sekumpulan 14 pendaki dan empat malim gunung dalam pertengahan perjalanan hendak turun ke bawah 1,565 meter, tidak sedar yang kepulan kabus itu telah dimuntahkan di bahagian lain gunung itu, kata pegawai pertahanan awam, Leo Ferreras dari bandar berdekatan Barcelona memberitahu AFP menerusi telefon.

    Kelihatan kepulan kabus hitam yang dimuntahkan oleh Gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon, Filipina pada 5 Jun. – AFP

    “Kesemua mereka berjaya turun dengan selamat,” tambahnya.

    Kerajaan tempatan Sorsogon yang terletak sekitar 500km selatan bandar Manila, berkata 10 buah kampung di dua bandar telah terjejas oleh abu tersebut.

    Imej-imej selepas bencana itu menunjukkan rumah-rumah, jalan dan pokok di bandar Juban telah diselubungi dengan abu, sementara kenderaan sukar untuk dipandu di jalan raya disebabkan tahap penglihatan kabur.

    Pihak berkuasa mengerahkan jentera bomba untuk membersihkan kawasan itu manakala penduduk membantu menyapu abu dari jalan raya.

    “Pemindahan dijalankan di sana, namun keutamaan kami pada warga emas dan mereka yang menghidap asma,” kata pegawai bencana Juba, Dennis Despabiladeras.

    Pihak berkuasa lapangan terbang Manila mengatakan tidak ada penerbangan yang terjejas dengan letusan itu setakat ini, walaupun juruterbang memberi amaran untuk mengelak daripada menghampiri kawasan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...