Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Banjir: 485 kakitangan JKM Sarawak siap sedia

    KUCHING, 7 JAN – Seramai 485 orang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bersiap siaga menghadapi banjir di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Datuk Seri Fatimah Abdullah.

    Beliau berkata 42 kenderaan milik jabatan itu bersedia digerakkan sekiranya perlu dalam operasi banjir manakala 23 Pangkalan Hadapan Bencana juga telah disediakan bagi menghadapi bencana itu.

    “Pangkalan Hadapan Bencana merupakan satu tempat, bangunan atau premis bagi penyimpanan stok barang bantuan bencana di kawasan yang mudah dilanda banjir yang kerap terputus hubungan.

    “Barang-barang bantuan akan dibekalkan sebelum musim tengkujuh iaitu dalam lingkungan Oktober setiap tahun dan stok barangan akan disimpan di pangkalan hadapan untuk tempoh enam bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Fatimah berkata 157 pembekal makanan kering dan 231 makanan bermasak untuk mangsa banjir juga  telah dikenal pasti. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...