Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bantu kesan tiga pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, tiga laporan telah dibuat di Balai Polis Muara, Balai Polis Bandar Seri Begawan dan Balai Polis Sengkurong untuk mengesan tiga orang pekerja iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan warganegara Indonesia.

    Mereka ialah I Made Mustika berusia 50 tahun dengan kad pengenalan 51-278010 (Hijau), Eddy Yanto Kiki, 33, dengan pasport C8099479 dan Jumiati, 26, dengan nombor pasport AU206076.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubu-ngi Balai Polis Muara di talian 2770140, Balai Polis BSB di talian 2242334 atau Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    I Made Mustika
    Eddy Yanto Kiki
    Jumiati

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...