Friday, May 10, 2024
28 C
Brunei

    -

    Bantu tambah bekalan darah

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah dan tabung-tabung darah di seluruh negara adalah di tahap rendah pada masa ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, penderma darah kumpulan A dan O diperlukan segera bagi menampung keperluan pemindahan darah di semua hospital di negara ini semasa bulan Ramadan.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah pada 27 Mac di Event Stage, Kompleks Membeli-belah Mabohai, Kampung Mabohai bermula pukul 8 malam hingga pukul 10 malam dan pada 30 dan 31 Mac di Function Room, Tingkat 2, The One, Jalan Laksamana Abdul Razak, Batu Satu bermula jam 8 malam hingga 10 malam.

    Manakala itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong juga akan mengadakan kempen derma darah pada 30 Mac di ruang legar hospital tersebut bermula jam 8 malam hingga 10 malam.

    Orang ramai diseru untuk menyertai kempen derma darah berkenaan bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.

    Mereka boleh menempah slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India

    NEW DELHI, 10 MEI - Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk enam wanita terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam letupan sebuah kilang bunga api di negeri...