Saturday, April 27, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Shuib luah rasa bangga anak perempuannya pakai hijab

    Selepas memaklumkan anak perempuannya sudah mencapai akil baligh, pelawak dan usahawan Shuib berkongsi penampilan baharu Dzahira Talita Zahra yang dilihat sudah memakai hijab.

    Memetik laporan mStar, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata, sebagai bapa beliau berbangga melihat penampilan Talita susulan baharu sahaja melangkah ke alam dewasa.

    “Talita, daddy bangga la tengok awak. Cantiknya,” katanya.

    Shuib berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya.

    Menerusi perkongsian video berkenaan, Shuib berbuka puasa bersama keluarga sebelum memperlihatkan Talita tampil memakai jubah dan tudung berwarna kelabu.

    Turut menyertai acara berbuka puasa itu adalah bapa Allahyarham isterinya iaitu penyanyi Raisuddin Hamzah.

    Sebelum ini, Shuib tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata apabila mengetahui Talita datang haid menandakan anak perempuannya itu sudah akil baligh.

    Kata Shuib, perubahan fasa anaknya melangkah alam dewasa itu akan dikenang dalam ingatan selain turut mendoakan Talita membesar menjadi seorang wanita solehah.

    Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

    Hasil perkahwinan bersama Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun. – Agensi

    Talita (tengah) dilihat sudah mengenakan hijab sewaktu menghadiri acara berbuka puasa. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...