Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Korea S catat 400,000 kes baharu

    SEOUL, 16 MAC – Korea Selatan melaporkan lebih daripada 400,000 kes koronavirus baharu hari ini, satu rekod baharu, ketika negara itu terus melonggarkan sekatan meskipun gelombang jangkitan Omicron.

    Pihak berkuasa kesihatan berkata 400,741 kes dicatat, angka harian tertinggi negara sejak pandemik meletus dua tahun lalu.

    Peningkatan terbaharu dalam kes merupakan ‘cabaran terbesar’ menghadapi negara, beritahu Sohn Young-rae, pegawai kesihatan pada taklimat media.

    Kerajaan telah menjangka jumlah kes sekitar angka berkenaan, menurut beliau, menambah mereka percaya jumlah sedang mencecah kemuncak gelombang Omicron.

    “Sekiranya kami mengatasi krisis ini, kami akan semakin hampir kembali semula kepada keadaan normal,” tambahnya.

    Korea Selatan memimpin dunia dalam kes baharu dalam tempoh tujuh hari lalu, menurut data WHO, dengan 2,358,878 kes, diikuti oleh Vietnam dengan 1,795,280.

    Majoriti penduduk Korea Selatan telah menerima vaksin lengkap dan meskipun jumlah jangkitan tinggi di negara dengan 52 juta populasi, kadar kematian masih amat rendah.

    Negara itu kini mengenakan perintah berkurung pada pukul 11 malam untuk perniagaan dan had enam orang untuk perhimpunan persendirian.

    Ia akan membatalkan kuarantin ke atas ketibaan pelawat yang sudah lengkap vaksin mulai 21 Mac.

    Kerajaan dijangka memutuskan sama ada melonggarkan seterusnya atau pun mengekalkan garis panduan penjarakan sosial pada Jumaat ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...