Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Barcelona tunggu jawapan Lewandowski

    BARCELONA, 8 JULAI – Barcelona mengharapkan ‘tindak balas positif’ daripada Bayern Munich selepas membuat tawaran untuk penyerang Poland, Robert Lewandowski, kata presiden kelab Joan Laporta kelmarin.

    “Kami telah membuat tawaran untuk pemain itu. Kami masih menunggu maklum balas dan kami akan lihat sama ada ia positif,” kata Laporta semasa sesi pengenalan pemain baharu, Andreas Christensen.

    Bayern sebelum ini menegaskan bahawa Lewandowski, yang lantang menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan juara Jerman itu pada musim panas ini, mesti memenuhi kontraknya yang akan tamat pada Jun 2023.

    Penyerang berusia 33 tahun yang diundi dua kali sebagai pemain lelaki terbaik FIFA itu telah menjaringkan sebanyak 238 gol di Bundesliga dalam 252 penampilan selama lapan tahun bersama Bayern.

    Laporta juga berkata, mereka mahu menunjukkan rasa hormat kepada Bayern dan tidak menyatakan jumlah tawaran yang diberi. Walau bagaimanapun, dia menolak khabar angin bahawa kelab Jerman yang curiga dengan keadaan ekonomi Barca itu, mahukan bayaran pendahuluan untuk perpindahan Lewandowski. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...