Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bekalkan belia Islam dengan ilmu mencukupi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN 27 JAN – Seramai 60 orang menyertai Kursus Discovering Islamic Belief System yang diharapkan dapat membekalkan belia Islam di negara ini dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi sekali gus menjadikan ilmu itu sebagai benteng terhadap cabaran-cabaran pemikiran semasa yang negatif.

    Para peserta kursus anjuran Urus Setia Program Keagamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dengan kerjasama Persatuan Nazhor Community itu terdiri daripada pegawai dan kakitangan PDI, kumpulan-kumpulan belia berdaftar di bawah Program Keagamaan Belia, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kumpulan-kumpulan belia masjid, dan para belia di seluruh negara.

    Majlis perasmian kursus berkenaan di Dewan Persidangan PDI, hari ini, telah diserikan dengan program Ceramah Umum bertajuk Islamic Essential Knowledge and Introduction to Islamic Beliefs yang disampaikan oleh Da’ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Ahmad Ahyad bin Haji Amynoor.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Program antara lain bertujuan untuk menghidupkan pengajian ilmu Fardu Ain terutama sekali ilmu akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam kalangan belia Islam di negara ini dengan berpandukan kitab-kitab karangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang muktabar
    bagi mempersiapkan generasi belia dalam menghadapi cabaran-cabaran pemikiran dan ideologi pada zaman kini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah oleh ahli Jawatankuasa Nazhor Community, Awang Mohammad Fahmi bin Haji Matnor.

    Haji Abdul Rajid turut hadir semasa program berkenaan.
    Antara yang hadir pada majlis perasmian Kursus Discovering Islamic Belief System.
    Awang Ahmad Ahyad menyampaikan ceramah sempena perasmian kursus tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...