Friday, December 8, 2023
26.6 C
Brunei

    -

    Belgium catat kematian pertama cacar monyet

    BRUSSELS, 1 SEPT – Belgium telah merekodkan kematian pertama pesakit yang menghidap cacar monyet, iaitu yang ketiga di Eropah, menurut laporan mingguan mengenai wabak itu dari institut kesihatan awam Sciensano. Pesakit cacar monyet itu dilaporkan mempunyai masalah kesihatan lain.

    Eropah dan Amerika Syarikat mencatatkan 50,496 kes serta 16 kematian, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Pada 24 Julai lalu, cacar monyet diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global di tengah-tengah penularan wabak COVID.

    Di Belgium, kes telah tertumpu di kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki. Pada Ogos lalu, Belgium telah merekodkan 706 kes, 32 daripadanya dimasukan ke hospital. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....