Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Belgium tampil gah tundukkan Poland

    PARIS, 9 JUN – Belgium telah menewaskan Poland untuk memenangi perlawanan Liga Negara-Negara dengan keputusan 6-1 di Brussels, kelmarin.

    Dalam perlawanan tersebut, Belgium terlepas mendapatkan gol pendahuluan daripada Poland tetapi menyerang balas dengan menguasai permainan tersebut dan menamatkannya dengan lima gol, dengan hanya 30 minit setelah perlawanan tersebut bermula.

    Menurut jurulatih Belgium, Roberto Martinez, mengatakan bahawa ia adalah satu detik yang mengecewakan apabila awda tewas kepada saingan maka perkara tersebut menjadi pendorong untuk meraih kemenangan menentang Poland.

    Beliau menambah, semasa menentang Belanda, pasukannya tidak bermain sebagai sebuah pasukan, tidak memiliki keyakinan diri. Tetapi sekarang mereka adalah sebuah pasukan bukannya bersendirian.

    Pada awal perlawanan tersebut, Belgium berdepan dengan kekecewaan apabila pasukan pelawat mendahului selepas 28 minit perlawanan bermula ketika Robert Lewandowski menjaringkan gol ke-22nya untuk Poland.

    Aksi Yannick Carrasco (tengah) bersama Eden Hazard (kanan) bergandingan untuk melepasi pertahanan Poland dalam perlawanan Kumpulan A4, Liga Negara-Negara UEFA antara Belgium dan Poland di Stadium King Baudouin, Brussels. – AFP

    Penyerang berkenaan mengawal bola hantaran Piotr Zielinski dan merembat masuk ke gawang menewaskan Simon Mignolet.

    Kemudian, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.

    Kevin de Bruyne menembusi pertahanan pemain Poland. Selepas serangannya itu dihalang, Timothy Castagne membuat hantaran semula kepada Axel Witsel, yang berjaya menjaringkan gol.

    Belgium mendahului selepas 59 minit dengan serangan balas tersebut. Kemudian, Eden Hazard menemui De Bruyne tanpa kawalan berdekatan dengan petak penalti dan menjaringkan gol menewaskan Bartlomiej Dragowski.

    Hazard, pernah mengalami kesukaran disebabkan oleh kecederaan ketika beraksi bersama Real Madrid pada musim ini dan menjadi pemain simpanan dalam pusingan akhir Liga Juara-juara yang lalu. Namun kali ini, dia telah diturunkan pada minit ke-66.

    Selepas itu, Leandro Trossard menggantikan Hazard dan menjaringkan dua gol dalam tujuh minit.

    Manakala itu, Leander Dendoncker kemudiannya juga berjaya menjaringkan gol jarak jauh pertama untuk negaranya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...