Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kebakaran dipadamkan hasil tindakan pantas pekerja

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Tindakan pantas seorang pembersih berjaya memadamkan kebakaran elektrik di salah sebuah bangunan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada 7 Jun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, tujuh orang anggota dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh SO Ishraqi bin Haji Sidup, dikejarkan ke lokasi kejadian pada pukul 11:36 pagi.

    Kenyataan menyatakan bahawa api yang melibatkan sebiji lampu kalimantang telah berjaya dipadamkan oleh Awang Azmie bin Mohd Suhaily dari Syarikat Rentokil dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering 4.5 kilogram.

    Anggota bomba dan penyelamat bersedia dengan membawa alat pemadam api dan memastikan tidak ada tanda-tanda kebakaran. Tidak ada korban jiwa dilaporkan dengan punca serta anggaran kerugian dalam kejadian berkenaan masih dalam siasatan.

    Keadaan bilik di salah sebuah bangunan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha selepas mengalami kebakaran pada 7 Jun lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...