Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Belia Muallaf lantik ahli jawatankuasa baharu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Belia Muallaf As-Syahadah telah melantik ahli-ahli jawatankuasa baharu sesi 2023-2025 pada majlis anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Urus Setia Program Keagamaan Belia dengan kerjasama Belia Muallaf As-Syahadah di Dewan Serba guna, PDI, Berakas, hari ini.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Urus Setia Program Keagamaan Belia, PDI, Awang Isham bin Ismail.

    Seramai 50 orang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Urus Setia Program Keagamaan Belia dan ahli-ahli Jawatankuasa Belia Muallaf As-Syahadah menghadiri majlis berkenaan.

    Sebelum pelantikan ahli-ahli jawatankuasa baharu, majlis menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa sesi 2020-2022.

    Kemudian, bacaan ikrar diketuai deh ahli Jawatankuasa Belia As Syahadah 2023-2025 selepas majlis pelantikan. Majlis diselajurkan dengan mesyuarat agung pertama 2023-2025 dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan bergambar ramai. Menurut KHEU, majlis bertujuan untuk mencungkil bakat kepimpinan dan mengenal pasti potensi para belia mualaf dalam meningkatkan mutu, kualiti khidmat dan sumbangan mereka kepada PDI, masyarakat dan negara amnya.

    Selain itu juga untuk merealisasi asas perpaduan dan kesefahaman serta saling bantu membantu dan semangat kerjasama, untuk melatih belia agar sentiasa memberi manfaat kepada orang lain, membentuk belia yang berkepimpinan, berkebolehan tinggi dan berdisiplin serta menjadi model peranan kepada belia mualaf yang lain.

    Di samping itu, ia juga sebagai langkah untuk mengajar ahli-ahli baharu mengenai tugasan yang bakal dilaksanakan dan memberi penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah berkhidmat sepanjang tahun 2020 hingga 2022.

    Awang Isham menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang ahli jawatankuasa sesi 2020-2022 di Dewan Serba guna, PDI, Berakas, kelmarin.
    Bacaan ikrar diketuai ahli Jawatankuasa Belia As Syahadah 2023-2025 selepas majlis pelantikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...