Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Benzema terlepas penalti, Madrid seri

    MADRID, 3 OKT – Karim Benzema gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Real Madrid tercicir daripada tangga teratas La Liga apabila seri 1-1 dengan Osasuna, semalam.

    Dalam perlawanan lain, Real Sociedad menang 5-3 di Girona manakala Real Betis tewas 0-1 di Celta Vigo.

    Selepas Barcelona menewaskan Real Mallorca pada Sabtu, Madrid sedar mereka perlu menang untuk berada di tangga teratas liga, tetapi dikecewakan dengan persembahan tersusun pemain Jagoba Arrasate di Santiago Bernabeu.

    Benzema yang kembali semula bersama pasukan selepas kecederaan, berjaya mendapatkan penalti, tetapi sepakannya terkena palang dan turut mendapati satu jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.

    Vinicius Junior meletakkan Madrid di depan sebelum rehat, tetapi tandukan Kike Garcia pada awal separuh masa kedua memastikan Osasuna pulang dengan satu mata.

    “Apa yang kami gagal adalah menyempurnakan sepakan penalti itu dan biasanya Karim boleh lakukannya,” beritahu jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti kepada DAZN.

    “Dia tiada masalah bermain sepanjang 90 minit. Dia berehat selama sebulan dan perlu mengambil masa untuk kembali kepada prestasi terbaiknya. Dia memainkan peranannya, mendapat peluang menerusi penalti, tetapi ini adalah kemalangan dan kadangkala ia berlaku.”

    Dalam satu perhimpunan pada pagi Ahad, Presiden Real Madrid, Florentino Perez memberitahu penyokong bahawa projek Liga Super Eropah cukup penting, tetapi prestasi Osasuna menunjukkan saingan domestik tetap mencabar.

    Benzema membuat penampilan pertama sejak 6 September manakala Andriy Lunin dan Dani Ceballos berada dalam kesebelasan utama menggantikan dua pemain yang cedera, Thibaut Courtois dan Luka Modric. – AFP

    Aksi Karim Benzema (kiri) bergelut mendapatkan bola semasa perlawanan Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Osasuna di stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada 2 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...