Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Berawal dengan senyuman, berakhir dengan sapaan

    Kepada sidang pengarang dan para pembaca setia ruangan curhat ini, izinkan aku berkongsi satu kisah cukup indah dan kekal menjadi ingatan hingga kini.

    Kisahnya bermula pada setiap pagi selepas fajar, di sebuah dobi yang sama, aku pernah terjumpa seorang wanita ini yang sejuk mata memandang, cukup sopan dan cantik gerangannya, setiap kali ku terjumpa dengannya, kami sering bertukar senyuman mesra.

    Bak ungkapan ‘Tak kenal maka tak cinta,’ itulah ungkapan yang sering terngiang-ngiang di benakku setiap kali ‘tekaduhung’ bertatap mata dengannya.

    Baru-baru ini, aku mengambil langkah berani untuk menyapa dan memulakan perbualan bersamanya.

    Dari situ, kami menemukan banyak persamaan dan keunikan masing-masing.

    Gambar Freepik

    Menariknya, kami berjanji untuk membuat ‘Senyuman seri Subuh’ menjadi rutin harian kami, sebuah permulaan yang indah untuk setiap hari yang baharu.

    Adakah awda pernah mengalami momen serupa yang membawa kepada persahabatan yang tidak disangka?

    Mr Fajar

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih kerana berkongsi kisah awda bersama kami. Pada hemat saya, mengambil langkah untuk berinteraksi lebih lanjut sepertimana yang awda ceritakan itu adalah satu langkah yang berani dan indah. Ia menunjukkan betapa pentingnya hubungan manusia dan bagaimana satu senyuman boleh membawa kepada persahabatan yang bermakna.

    Siapa tahu, mungkin di lain waktu awda berdua akan sampai menjejakkan kaki ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga bersama dengan harmoni.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Puting beliung di selatan China ragut 5 nyawa, rosakkan ratusan kilang

    BEIJING, 28 APRIL - Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China kelmarin, membunuh lima orang dan merosakkan lebih 140 bangunan kilang, kata media...