Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan santap bersama PM, TPM Singapura

    SINGAPURA, 13 SEPT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen hari ini berkenan berangkat mengadakan Majlis Santap Tengah Hari bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong di Istana, Singapura.

    Terdahulu, pada sebelah pagi, Duli Yang Teramat Mulia berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Pagi bersama Timbalan Perdana Menteri, TYT Lawrence Wong di Hotel Raffles.

    Duli Yang Teramat Mulia berada di Singapura untuk menghadiri Program Lee Kuan Yew Exchange Fellowship.

    Duli Yang Teramat Mulia juga telah berangkat mengadakan lawatan ke Marina Barrage; Ibu Pejabat Institute of Technical Education; PIXEL; dan ACE Ideation Centre.

    Duli Yang Teramat Mulia juga berkesempatan berangkat ke Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Menteri bagi Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura, TYT Dr Vivian Balakrishnan dan juga Majlis Santap Tengah Hari yang dijamukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kedua bagi Pendidikan dan Menteri Kedua bagi Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura, TYT Dr Maliki Osman.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya akan berangkat ke iFly Singapore; Urban Redevelopment Authority (URA) Centre; dan Singapore Armed Forces Reservists Association (SAFRA) Choa Chu Kang sebelum mengakhiri program tersebut.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari bersama TYT Lee Hsien Loong di Istana, Singapura. – Gambar Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat mengadakan Majlis Santap Tengah Hari bersama TYT Lee Hsien Loong di Istana, Singapura. – Gambar Infofoto
    Duli Yang Teramat Mulia berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Pagi bersama TYT Lawrence Wong di Hotel Raffles. – Gambar Infofoto

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda