Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BGC laksana ibadah korban

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Sempena Hari Raya Aidiladha, Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC) bekerjasama dengan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong dan jawatankuasa takmir masjid Kampung Jerudong bagi majlis pengagihan daging korban kepada golongan tertentu di Kampung Jerudong, pagi tadi.

    Sebanyak 10 ekor kerbau telah dikorbankan dan diagihkan kepada 71 buah keluarga tertentu dan memerlukan yang tinggal di kampung berkenaan serta orang ramai yang menghadiri acara tersebut.

    Hadir bagi sama-sama mengagihkan daging korban ialah Pemangku Pengarah Urusan BGC, Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew; Pengurus Tenaga Manusia, Awang Mohd Khairol Amilin bin Haji Maidin; Pengurus QHSSE, Kapten Shahbrin bin Ibrahim; dan Pengurus Teknologi Maklumat, Pengiran Norbailah Pengiran Haji Sulaiman. 

    Mewakili Kampung Jerudong sebagai tetamu kehormat majlis ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Jerudong A, Haji Kharul bin Haji Lakat.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, BGC melahirkan rasa amat berbesar hati kerana dapat melaksanakan upacara korban sekali lagi tahun ini sebagai sebahagian daripada inisiatif pelaburan sosialnya. 

    Kesanggupan berkongsi dan mengagihkan nikmat dan kurniaan daripada Allah SWT demi kepentingan orang lain sememangnya memberi inspirasi dan diharapkan dapat membantu memupuk sikap prihatin dan beramal dalam kalangan masyarakat.

    Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar menyampaikan daging korban kepada para penerima pada majlis yang diadakan di Kampung Jerudong, baru-baru ini.
    Pemangku Pengarah Urusan BGC dan tetamu kehormat semasa hadir pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...