Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Biden umum dana atasi krisis makanan

    AMERIKA SYARIKAT, 22 SEPT – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan semalam dana tambahan berjumlah AS$2.9 bilion bertujuan membantu mengatasi krisis makanan global berpunca sebahagiannya oleh serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Biden akan membuat pengumuman tersebut dalam ucapannya kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Rumah Putih. Wang tersebut ‘adalah tambahan kepada AS$6.9 bilion dalam bantuan kerajaan AS untuk menyokong jaminan makanan global yang telah pun dijanjikan pada tahun ini,’ menurut kenyataan.

    Rumah Putih berkata bekalan makanan terjejas teruk oleh ‘kesan pandemik, krisis iklim, kenaikan kos minyak dan baja dan konflik berterusan, termasuk serangan Rusia di Ukraine.’

    Krisis itu juga telah ‘menjejaskan rantaian bekalan global dan mendorong harga makanan meningkat mendadak di seluruh dunia.’

    Selain itu, kemarau berpanjangan telah meninggalkan sebahagian kawasan Somalia berisiko berdepan kebuluran, kata Rumah Putih.

    “Pengumuman baharu AS$2.9 bilion ini akan menyelamatkan nyawa menerusi campur tangan kecemasan dan melabur dalam bantuan jaminan makanan jangka panjang demi melindungi populasi paling mudah terjejas di dunia daripada krisis jaminan makanan global yang semakin meruncing.” – AFP

    Presiden Joe Biden bercakap pada Persidangan Dana Global Ketujuh di New York pada 21 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...