Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Billie Eilish dedah hidap sindrom tourette

    Penyanyi Billie Eilish akui tersinggung apabila ada pihak mempersendakan penyakit sindrom tourette iaitu keadaan di mana melakukan perbuatan berulang dialaminya sejak usia 11 tahun.

    Menurut Eilish sakitnya itu akan jelas kelihatan apabila dia terlibat menjalani sesi penggambaran yang memakan masa terlalu lama.

    “Anda akan nampak banyak perbuatan berulang apabila terlibat dengan saya melakukan rakaman untuk tempoh yang lama.

    “Ramai yang ketawa dengan keadaan saya kerana mereka fikirkan saya cuba menjadi seorang yang kelakar. Saya tersinggung dengan perkara tersebut,” katanya.

    Menurut penyanyi lagu Bad Guy ini, dia tidak ada masalah untuk berkongsi tentang penyakit tersebut.

    Dalam masa sama, dia juga mendedahkan ramai rakan artis turut mengalami penyakit itu.
    “Saya suka berkongsi tentang penyakit ini kerana ia sesuatu yang menarik.

    “Ramai rakan artis memberitahu mereka alami masalah sama, namun saya tidak mahu mendedahkan nama kerana mereka enggan bercakap tentang perkara tersebut,” jelasnya. – Agensi

    Eilish kecewa sakitnya menjadi bahan ketawa. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...