Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Bimbing mualaf hayati kelebihan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Dalam memupuk semangat para mualaf bagi sama-sama menghayati kelebihan bulan Ramadan, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf berserta rombongan Bahagian Pentadbiran dan Unit Dakwah Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran, Bersungkai dan Sembahyang Sunat Tarawih serta Witir bersama para mualaf di Daerah Tutong, hari ini.

    Rombongan PDI berkenaan diketuai oleh Ketua Bahagian Pentadbiran, PDI, Awang Alizan bin Haji Ramle.

    Majlis juga diadakan untuk membimbing para mualaf bagi meraih pahala berganda dengan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan antaranya, membaca Al-Quran, memperbanyakkan berzikir, mengerjakan sembahyang Sunat Tarawih dan Witir berjemaah.

    Antara objektif aktiviti seumpamanya juga adalah untuk menggalakkan para mualaf beramai-ramai mengimarahkan masjid, surau, balai ibadat, pos dakwah dan juga rumah kegiatan agama di kawasan masing-masing.

    Selain itu, ia juga sebagai salah satu syiar untuk melancarkan gerakan dakwah di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga PDI dan para mualaf khususnya di Daerah Tutong.

    Antara pengisian acara adalah bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan tadarus yang dipimpin oleh ketua rombongan dan diteruskan dengan bacaan Tahlil, Doa Arwah dan Doa Peliharakan Sultan.

    Majlis diselajurkan dengan penyerahan buku Panduan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir (Siri Bimbingan Mualaf) dan Ratib Al-Attas (Siri Bimbingan Mualaf) kepada Pengasas Kelas Bimbingan Mualaf, Kampung Sungai Damit, Ukong, Haji Mohd Ukit bin Mokti.

    Awang Alizan menyerahkan buku Panduan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir (Siri Bimbingan Mualaf) dan Ratib Al-Attas (Siri Bimbingan Mualaf) pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir semasa program tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...