Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Nur Azhar angkat sumpah sebagai Setiausaha DUN Sarawak

    KUCHING, 28 MAC – Peguam Kanan Negeri Sarawak, Nur Azhar Bujang, hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

    DUN Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan upacara mengangkat sumpah tersebut diadakan di hadapan Speaker, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

    Nur Azhar, 39, menggantikan Pele Peter Tinggom yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 5 Mac lalu.

    Menurut kenyataan itu, Nur Azhar berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang pada 2009 dan Sarjana Muda Undang-Undang pada 2010 daripada Universiti Teknologi MARA.

    Beliau memulakan kerjayanya di sektor swasta, Kuala Lumpur sebelum kembali ke Sarawak untuk menyertai perkhidmatan awam negeri sebagai Pegawai Undang-Undang di Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...