Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Bincang format sambutan hari kebesaran Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Kerasmian Islam sebagai agama negara itu tidak setakat simbolik tapi ia amalan dan kesannya menjadi kenyataan bahawa ajaran-ajarannya mencorakkan kehidupan kita khasnya yang menganut dan mengamalkan serta mendukung sebagai agama rasmi negara.

    Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah yang diadakan di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, (ICC), Berakas, hari ini.

    Hadir pada majlis itu ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar.

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar serta ahli-ahli jawatankuasa.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menjelaskan, mesyuarat berkenaan adalah rutin tahunan yang sangat penting sesuai dengan pentingnya hari-hari bersejarah dalam agama Islam sebagai hari-hari kebesaran peringkat negara.

    Selain itu beliau turut berkata, mesyuarat berkenaan adalah sebahagian daripada program kenegaraan iaitu mensyiarkan Islam dan ajarannya, dan ia menjadi rutin tapi sangat penting untuk sentiasa dikembang majukan.

    Yang Berhormat Pehin seterusnya berharap Sambutan Majlis Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan tahun ini diadakan dengan lebih teratur dan sempurna.

    Agenda mesyuarat adalah bagi membincangkan format sambutan, pengisian atur cara, tema sambutan, tarikh dan tempat mengadakan majlis serta perkara-perkara yang
    berhubung kait dengan Sambutan Majlis Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan sepanjang tahun 1444 Hijrah.

    Sambutan itu diisi dengan acara bermanfaat yang boleh mengasuh dan memupuk semangat cintakan Allah, cintakan rasulNya, cintakan agama dan raja dalam kalangan
    seluruh rakyat dan penduduk dan seterusnya menambahkan lagi keimanan kepada umat Islam khususnya di negara ini.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut bertempat di Dewan Muzakarah, ICC, Berakas, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie semasa mesyuarat berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...