Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bincang persediaan 10 malam terakhir

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Kira-kira seramai 140 orang telah mengikuti ceramah khas bulan Ramadan khusus untuk warga perkhidmatan awam anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Penyebaran Dakwah (Ceramah) yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd
    Salleh. Turut hadir ialah Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

    Ceramah khas bertajuk ‘10 Malam Terakhir, Apa Persediaan Kita?’ telah disampaikan oleh Profesor Madya Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Profesor Madya Dr Mohd Zahiri bin Awang Mat.

    Antara objektif ceramah adalah bagi melahirkan warga perkhidmatan awam yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Islam di Negara Brunei Darussalam, menyemarakkan lagi dan mensyukuri kehadiran bulan Ramadan serta memupuk perasaan cinta terhadap bulan yang suci ini, dan mengeratkan ukhuwah antara sesama Muslim dan Muslimah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...