Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Brothers Garage sedekah kit ART

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Sebanyak 2,000 unit kit ujian pantas antigen (ART) COVID-19 telah diagih-agihkan oleh Brothers Garage kepada orang ramai sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak, baru-baru ini.

    Pengagihan kit ART berkenaan berlangsung di Serusop dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, terutama sekali mereka yang sangat-sangat memerlukan.

    Sumbangan kit ART berkenaan diserahkan secara pandu lalu bagi mengelakkan perkumpulan ramai.

    Sumbangan itu mencerminkan sokongan berterusan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menentang COVID-19.

    Brothers Garage cawangan Serusop menyatakan bahawa mereka sangat bangga kerana diberikan peluang untuk memudahkan sumbangan kit ART bagi membantu menangani penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam serta membantu menjaga keselamatan warga Brunei.

    Kakitangan Brothers Garage mengagihkan kit ART kepada orang ramai secara pandu lalu baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...