Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Bublik kejut Zverev, rangkul gelaran ATP sulung

    PARIS, 7 FEB – Alexander Bublik mengejutkan pilihan utama dan juara Olimpik, Alexander Zverev untuk memenangi gelaran ATP sulungnya di Montpellier kelmarin.

    Pemain Kazakh kelahiran Rusia berusia 24 tahun itu berjaya mengatasi pemain nombor tiga dunia dari Jerman, 6-4, 6-3.

    Kemenangan Bublik juga akan memastikan dia mendapat ranking tertinggi kerjaya baharu hari ini daripada rankingnya sekarang, 35.

    Sebelum kelmarin, Bublik telah tewas dalam keempat-empat perlawanan akhir ATP sebelum ini di Newport dan Chengdu pada 2019 serta Singapura dan Antalya tahun lalu.

    Dia kini menuju ke kejohanan Rotterdam minggu depan di mana dia beraksi dalam pertembungan pusingan pertama menentang bekas pemain nombor satu dunia dan juara utama tiga kali, Andy Murray.

    “Saya mempunyai empat perlawanan akhir dan peringkat akhir kelima saya telah menang menentang pemain hebat seperti ‘Sascha’,” kata Bublik yang turut menewaskan Zverev di Rotterdam tahun lalu.

    “Ia hebat. Semua permainan saya kuasai. Saya melakukan servis dengan baik dan membalas dengan baik serta mengekalkan keberanian saya.

    “Saya bertuah pada saat-saat itu dan apabila saya mempunyai peluang saya menggunakannya.”

    Zverev telah menerima wildcard lewat dalam acara Montpellier berikutan tersingkir pusingan keempat yang mengecewakan di Terbuka Australia bulan lalu. – AFP

    Aksi Alexander Bublik mengembalikan bola kepada Alexander Zverev semasa perlawanan akhir tenis ATP Terbuka Sud de France kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...