Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Toshiba umum pelan perpecahan syarikat

    TOKYO, 7 FEB – Syarikat Jepun Toshiba hari ini mengumumkan rancangan untuk berpecah kepada dua syarikat, justeru mengubah satu cadangan kontroversi untuk berpecah kepada tiga unit berikutan tempoh bergolak dalam konglomerat industri itu.

    Kumpulan berkata ia merancang memecah segmen perantinya, termasuk perniagaan semikonduktor, dalam usaha untuk mempercepat pembuatan keputusan serta merangsang prestasi saham.

    Pemegang saham, yang telah bertikai dengan pengurusan mengenai cara terbaik untuk syarikat mencari penyelesaian, masih perlu meluluskan cadangan dalam pengundian yang dijangka diadakan pada Mac. Pelan perpecahan asal berdepan tentangan daripada beberapa pelabur utama.

    Firma itu juga berkata ia akan menjual sahamnya dalam perniagaan penyaman udara Toshiba Carrier dan berusaha menjual unit lif dan lampu.

    “Kami percaya perpecahan merupakan jalan terbaik,” beritahu presiden dan ketua pegawai eksekutif Satoshi Tsunakawa kepada pelabur, berjanji ia akan ‘membenarkan pengendalian operasi yang lebih fleksibel.’

    Beliau berkata perniagaan itu ‘bergelut dengan diskaun konglomerat dan kelambatan membuat keputusan’ sebelum ini, dan menyusun semula operasi akan membenarkan pelabur memilih bahagian perniagaan yang menarik minat mereka.

    Toshiba pada mulanya mengumumkan rancangan untuk berpecah kepada tiga syarikat pada November lalu, dalam apa yang digelar oleh penganalisis sebagai kes ujian untuk syarikat Jepun lain.

    Perpecahan itu dijangka menelan kos 20 bilion yen dalam tempoh dua tahun, dengan kos pengendalian juga meningkat sebanyak 13 bilion yen setahun.

    Namun Tsunakawa berkata ia akan diimbangi oleh rancangan untuk mengurangkan kos operasi sebanyak 30 bilion yen setahun.

    Syarikat Jepun itu mahu perpecahan dimuktamadkan pada separuh tahun kewangan kedua 2022-23, namun ia mungkin berdepan tentangan daripada pemegang saham. – AFP

    Logo kumpulan industri Jepun Toshiba kelihatan di atas bangunan ibu pejabatnya di Tokyo pada 7 Februari 2022. Toshiba mengumumkan rancangan untuk memisahkan segmen perantinya, termasuk perniagaan semikonduktor, dalam usaha untuk mempercepat pembuatan keputusan serta merangsang prestasi saham. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...