Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    BWF gantung atlet Rusia

    KUALA LUMPUR, 1 MAC – Ketua badminton hari ini mengharamkan atlet dan pegawai yang mewakili Rusia dan Belarus daripada mengambil bahagian dalam kejohanan yang disokong persekutuan dunia dalam respons terhadap serangan Vladimir Putin ke atas Ukraine.

    Ia menyusuli gesaan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meminta persekutuan dan penganjur supaya mengecualikan peserta dari kedua-dua negara itu.

    Persekutuan Badminton Dunia (BWF), berpangkalan di Kuala Lumpur, berkata ia telah memperketat langkahnya sebagai respons terhadap saranan IOC.

    “BWF telah memperketat langkahnya ke atas kerajaan Rusia dan Belarus dengan menggantung atlet dan pegawai yang mewakili kedua-dua negara daripada mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa anjuran BWF sehingga notis lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

    “Ia sejajar dengan saranan baharu daripada lembaga eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang dikeluarkan semalam, bertujuan memelihara integriti pertandingan serta menjamin keselamatan kesemua atlet.

    “Ia juga menyokong pendekatan yang bersatu padu dalam badan gerakan sukan dalam mengenakan sekatan ke atas Rusia dan Belarus.”

    Persekutuan telah pun mengumumkan ia akan membatalkan kesemua kejohanan anjuran BWF di Rusia dan Belarus yang berkuat kuasa serta-merta.

    Pengharaman ke atas atlet dan pegawai akan berkuat kuasa pada kejohanan Terbuka Jerman, bermula 8 Mac.

    Persekutuan berkata sejumlah kecil atlet Rusia yang bertanding dalam dua kejohanan badminton antarabangsa Para di Sepanyol akan dibenarkan mengambil bahagian memandangkan mereka telah pun tiba di sana. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...