Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Cabul: Lelaki dipenjara, sebat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Mahkamah Perantaraan hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga kali sebatan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dan merakamkan gambar lucah dua remaja lelaki bawah umur.

    Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar mendapati keterangan Pendakwaraya Atiyyah Abas berhubung perbicaraan itu telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

    Defendan, seorang guru, mencabul kehormatan mangsa pertama dengan melakukan perbuatan seksual terhadapnya semasa mereka berada di dalam tandas di sebuah sekolah pada September 2019.

    Kemudian, pada tahun 2019, defendan merakam gambar lucah mangsa kedua yang melakukan perbuatan seksual sendirian semasa mereka berada di asrama sekolah.

    Kedua-dua mangsa berkenaan berusia 14 tahun pada masa kesalahan dilakukan terhadap mereka.

    Dalam mitigasi, defendan merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan ibunya sakit, antara lainnya.

    Semasa menjatuhkan hukuman, Pengiran Masni mengecam tindakan defendan melanggar amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa dan pelajar sendiri kepada seorang guru.

    Hakim juga menyatakan bahawa hukuman jangka panjang itu mencerminkan usaha untuk melindungi, bukan sahaja mangsa istimewa dan mudah terdedah kepada bahaya seperti salah seorang mangsa, tetapi juga para pelajar lain.

    Defendan diwakili Peguam Bela Rozaiman bin Abdul Rahman.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...