Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    Cameroon kurang menyengat

    DOHA, 24 NOV – Kehadiran Roger Milla di padang sebelum Cameroon tewas 1-0 kepada Switzerland kelmarin membuktikan ketidakberkesanan serangan negara Afrika Barat itu dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Qatar.

    Milla melakar sejarah Piala Dunia dengan gol-gol yang menginjak Cameroon ke peringkat suku akhir Piala Dunia Itali 1990.

    Empat tahun kemudian, Milla muncul dalam Piala Dunia Amerika Syarikat 1994. Walaupun umurnya pada ketika itu ialah 42 tahun, bila kebanyakan pemain lain sudah bersara, namun dia menjaringkan satu gol ketika menentang Rusia, yang menjadikannya – sehingga kini – pemain paling tua yang pernah menjaringkan gol dalam sejarah Piala Dunia.

    Inilah sebabnya Milla, kini 70, berada di Stadium Al Janoub untuk menerima anugerah istimewa daripada FIFA.

    Turut hadir ialah penjaring gol Cameroon pada masa lalu, Samuel Eto’o, bekas bintang Barcelona yang kini mengepalai persekutuan bola sepak negaranya.

    Bahagian serangan pasukan Cameroon pada masa ini kurang teratur berbanding pasukan Switzerland yang lebih tersusun.

    Untuk menambah duka Cameroon, penjaring tunggal Switzerland pada malam itu, Breel Embolo, dilahirkan di Cameroon. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran