Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Carvajal tidak anggap kejayaan Madrid sebagai tuah

    MADRID, 4 OKT – Pemain pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal percaya pasukannya memang layak memegang rekod gemilang di Liga Juara-Juara dan menolak dakwaan jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez mengenai ketidakadilan.

    Los Blancos, juara bertahan dan pemenang rekod 14 kali Liga Juara-Juara, telah menjulang trofi tersebut lima kali dalam tempoh sembilan tahun.

    Pemain bek kanan, Carvajal mengukuhkan kedudukannya dalam pasukan semasa musim 2013-2014, apabila Madrid menamatkan kemarau 11 musim dalam kejohanan itu untuk memenangi La Decima, piala Eropah ke-10 mereka.

    Xavi semasa sidang media kelmarin berkata pasukan terbaik tidak semestinya sentiasa memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga adalah kejohanan yang lebih ‘adil’.

    “Saya fikir apabila sebuah pasukan memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara dalam tempoh sembilan tahun, ia tidak boleh dianggap sebagai tuah,” Carvajal berkata semasa sidang media hari ini, menjelang pertemuan Madrid menentang Shakhtar Donetsk.

    Carvajal semasa bercakap pada sidang media menjelang pertemuan Real Madrid menentang Shakhtar Donetsk di Liga Juara-Juara, esok. – AFP

    “Bola sepak adalah mengenai keputusan, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dan hanya dibolosi sedikit adalah pemenang.

    “Sejak beberapa tahun kebelakangan, kami merupakan pasukan terbaik. Ia sesuatu yang ganjil untuk bercakap mengenai adil atau tidak,” katanya.

    “Musim lalu, kami bermain dengan baik di La Liga, ada pasang surut di Liga Juara-Juara, tetapi kami berjaya memenangi piala.

    “Bagi saya debat mengenai adil dan tidak adil selalu dibangkitkan apabila Madrid memenangi Liga Juara-Juara. Apabila pasukan lain memenanginya, ia dianggap meritokrasi.”

    Madrid berjaya melangkah ke peringkat akhir selepas kebangkitan menentang Paris Saint-Germain, Chelsea dan Manchester City dan menewaskan Liverpool di final.

    Jurulatih mereka, Carlo Ancelotti turut menekankan mengenai kepentingan Liga Juara-Juara bagi kelab itu dan berkata kemenangan tiada kaitan dengan tuah.

    “La Liga sangat penting tetapi Liga Juara-Juara adalah kejohanan paling penting dalam sukan bola sepak,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...