Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Korea Utara lancar peluru berpandu lepasi Jepun

    SEOUL, 4 OKT – Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana (IRBM) melepasi Jepun pada Selasa, lapor Yonhap.

    Pelancaran IRBM itu merupakan kali pertama dalam tempoh lapan bulan, sejak kali terakhir Pyongyang melancarkan IRBM pada Januari, menurut tentera Korea Selatan.

    Ketua Markas Bersama (JCS) berkata pihaknya mengesan sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Mupyong-ri di wilayah utara Jagang pada 7:23 pagi waktu tempatan sejauh 4,500 kilometer (km) pada kelajuan tertinggi Mach 17 (17 kali kelajuan bunyi).

    Peluru berpandu itu dilaporkan terbang melepasi Jepun, dan pihak berkuasa perisikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan analisis terperinci bagi mengesahkan butiran lanjut akan peluru berpandu itu.

    Peluru berpandu jenis 12 Hwasong terbang sejauh 800 km pada ketinggian 2,000 km, menurut laporan itu.

    “Siri provokasi peluru berpandu balistik Korea Utara akan mengukuhkan lagi keupayaan tindak balas Korea Selatan-AS dan hanya membuatkan Korea Utara terasing daripada masyarakat antarabangsa,” menurut kenyataan media JCS.

    Menurut Yonhap, serangan terbaharu itu berlaku selepas Seoul dan Washington menamatkan latihan tentera laut mereka, yang melibatkan kapal induk USS Ronald Reagan, dan latihan anti kapal selam selama tiga hari dengan Jepun minggu lalu. – Bernama

    Pelajar sekolah rendah berlindung berhampiran sebuah bangunan ketika dalam perjalanan ke sekolah selepas laporan pelancaran peluru berpandu Korea Utara di Misawa, wilayah Aomori, utara Jepun kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...