Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Celtics beri kejutan benam Warriors

    SAN FRANCISCO, 3 JUN – Boston Celtics berjaya mencipta kebangkitan apabila Al Horford menguasai suku keempat perlawanan dan mengejutkan Golden State Warriors dengan kemenangan 120-108, menjadikan pasukan tersebut yang pertama meraih kemenangan dalam pusingan akhir siri tujuh pasukan terbaik NBA, kelmarin.

    Pemain veteran Celtics, Horford telah menjaringkan 26 mata, termasuk 11 mata jaringan pada suku keempat, ketika Boston memberikan kekalahan pertama pasukan tuan rumah, Golden State Warriors pada musim tersebut.

    Sementara itu, pemain pertahanan Boston, Marcus Smart juga bangkit dengan membuat jaringan three-pointer berturut-turut, yang memberikan Celtics mendahului dua angka sehingga pasukan Warriors terkilan dengan mata jaringan itu.

    Setelah dua kali Boston berjaya mengembalikan defisit dua angka pada separuh masa pertama dan kedua, Warriors seolah-olah bersedia untuk mengalah.

    Malah prestasi terbaik Stephen Curry dari Warriors, yang telah memperoleh 21 mata pada suku pertama termasuk dengan enam jaringan three-pointer, tidak mampu mengatasi Celtics.

    Aksi Stephen Curry (kiri) dari Golden State dalam percubaan melepasi Jayson Tatum semasa perlawanan suku pertama tersebut di Chase Center. – AFP

    Walaupun barisan pemain mereka tidak memiliki pengalaman beraksi dalam final sebelum ini, namun pasukan tersebut enggan berasa tertekan sepanjang perlawanan.

    Sebaliknya, pertahanan Warriors mula goyah pada suku keempat perlawanan dan menyaksikan pasukan tuan rumah itu diatasi dengan jurang yang besar, 40-16.

    Kemenangan yang diperoleh Boston itu lebih mengagumkan kerana ia datang walaupun hanya dengan sumbangan kecil daripada Jayson Tatum, yang memperoleh 12 mata dan 13 rebound.

    Sementara itu, Horford telah mengetuai serangan yang menyaksikan lima pemain menamatkan dengan dua angka.

    Jaylen Brown menjaringkan 24 mata dengan tujuh rebound dan lima assist, manakala Derrick White menambah sebanyak 21 mata.

    Smart pula telah menambah sebanyak 18 mata. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...