Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ceramah tingkatkan kesedaran mental

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 17 JULAI – Dengan matlamat untuk menambah kesedaran dan pemahaman yang lebih baik mengenai kesihatan mental dan kesan situasi pandemik, kakitangan Joffren Omar Company Sdn Bhd telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan Mental.

    Hadir pada kempen tersebut ialah Pengarah Urusan syarikat, Pengiran Mohd Noor Joffren bin Pengiran Omar.

    Beliau dalam ucapan ringkasnya menekankan kemurungan dan kerisauan merupakan dua keadaan mental mencatat peratusan diagnosis tertinggi yang dilaporkan di Brunei Darussalam dalam kalangan semua kumpulan umur sebelum dan selepas pandemik.

    Beliau turut meluahkan harapan kempen tersebut dapat mendedahkan kesan risiko depresi dan kerisauan ke atas individu dan persekitaran kerja.

    Ceramah disampaikan oleh pakar psikologi dari Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Dayang Nadzirah Haji Abdullah.

    Di akhir ceramah, pengarah urusan syarikat telah menyampaikan penyampaian cenderahati kepada penceramah.

    Pengiran Mohd Noor Joffren menyampaikan cenderahati kepada penceramah, Dayang Nadzirah. – Gambar serahan Joffren Omar Company
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...