Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    China batal sekatan Xi’an

    BEIJING, 24 JAN – Salah satu perintah berkurung koronavirus paling lama China telah ditamatkan hari ini dengan pihak berkuasa mengumumkan pembatalan hampir kesemua sekatan di bandar utara Xi’an.

    Bandar bersejarah yang mempunyai 13 juta penduduk itu telah berkurung di rumah mereka sejak 22 Disember selepas penemuan kluster COVID-19 yang bertambah kepada lebih 2,100 kes – penularan terbesar China dalam masa berbulan-bulan.

    Dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk bermula minggu depan, pihak berkuasa China bergelut untuk membasmi kes meningkat di beberapa bandar besar, terutama di Beijing, di mana lebih 40 kes telah direkodkan sejak pertengahan Januari.

    Para pegawai mula melonggarkan sekatan Xi’an minggu lalu selepas kes harian menurun kepada satu angka.

    Penduduk yang mempunyai kesihatan baik kini dibenarkan untuk meninggalkan bandar itu, sementara aktiviti pengangkutan awam dan ekonomi telah disambung semula sepenuhnya, Xi’an kini dianggap kawasan ‘kurang berisiko’, kata pihak berkuasa kawalan virus dalam satu kenyataan hari ini.

    Namun pengunjung ke Xi’an, rumah kepada warisan Terracotta Warriors, masih dikehendaki untuk menunjukkan keputusan ujian negatif, dengan mereka dari kawasan terjejas virus di China ditegah untuk masuk.

    Pihak berkuasa Xi’an berdepan kecaman atas pengendalian sekatan pergerakan lama, yang menimbulkan masalah bekalan makanan dan perubatan berpunca daripada pesakit yang tidak dibenarkan akses hospital.

    Di Beijing, pihak berkuasa bersiap sedia untuk kawalan virus yang sudah pun ketat selepas peningkatan kes baru-baru ini, yang berbetulan dengan perjalanan seluruh negara sebelum cuti Tahun Baharu China.

    Pihak berkuasa berkata hari ini mereka akan melancarkan pusingan ujian kedua di daerah tersebut. – AFP

    Kenderaan berbaris untuk memasuki lot parkir di Qujiang, Xi’an pada 24 Januari setelah bandar itu diumumkan kurang berisiko. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...