Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    China beri amaran pada Australia

    BEIJING, 6 JUN – Beijing hari ini memberi amaran kepada Australia untuk ‘bertindak hati-hati’ atau berdepan ‘akibat serius’ selepas Canberra menuduh jet pejuang China memintas secara berbahaya salah sebuah pesawat pengintipnya di Laut China Selatan.

    Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles berkata kelmarin sebuah jet pejuang J-16 China telah memintas pesawat pengintipan P-8 bulan lalu, dalam cara ‘berbahaya’ yang berisiko ke atas keselamatan kru Pasukan Pertahanan Australia.

    Namun Beijing membalas balik hari ini, mengatakan ia ‘tidak akan membenarkan mana-mana negara melanggar kedaulatan dan keselamatan China…di bawah helah kebebasan bernavigasi’.

    Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Zhao Lijian memberitahu wartawan yang China sekali lagi menggesa Australia untuk tetap menghormati kepentingan teras dan keselamatan nasional China untuk mengelak salah anggap yang boleh membawa kepada akibat serius. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...