Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    China komited sokong pembangunan global

    BEIJING, 16 OKT – China bersedia untuk melabur lebih banyak sumber dalam kerjasama pembangunan global, kata Presiden Xi Jinping.

    Beliau berkata China juga komited untuk merapatkan jurang Utara-Selatan dan menyokong serta membantu negara membangun lain mempercepat pembangunan masing-masing.

    “China memainkan peranan aktif dalam pembaharuan dan pembangunan sistem tadbir urus global. Ia meneruskan visi tadbir urus global yang mempromosi pertumbuhan bersama melalui perbincangan dan kerjasama.

    “China mendukung multilateralisme sebenar, menggalakkan demokrasi lebih luas dalam hubungan antarabangsa serta berusaha untuk menjadikan tadbir urus global lebih adil dan saksama,” katanya pada sesi pembukaan Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (PKC) ke-20, hari ini.

    Xi berkata pada masa ini, negara itu tegas dalam melindungi sistem antarabangsa dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai terasnya, orde antarabangsa yang disokong undang-undang antarabangsa dan norma asas yang mengawal hubungan antarabangsa berdasarkan matlamat dan prinsip Piagam PBB.

    Ia menentang semua bentuk unilateralisme dan pembentukan blok dan kumpulan eksklusif yang disasarkan terhadap negara tertentu, katanya.

    “China mematuhi arus globalisasi ekonomi yang betul. Ia komited bekerjasama dengan negara lain bagi memupuk persekitaran antarabangsa yang kondusif untuk pembangunan dan mewujudkan pemacu baharu untuk pertumbuhan global,” katanya.

    Kongres CPC Kebangsaan ke-20 bersidang sehingga 22 Oktober. Kira-kira 2,300 perwakilan dari setiap wilayah di China berkumpul di Dewan Besar Rakyat di Beijing mulai Ahad, sesi mesyuarat kebanyakannya berlangsung secara tertutup. – Bernama

    Xi Jinping memberikan ucapan yang disiarkan melalui televisyen di Hong Kong pada 16 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...