Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    China laksana perintah berkurung bendung penularan

    BEIJING, 14 MAC – Kesemua 17 juta penduduk di hab teknologi China, Shenzhen memulakan hari pertama perintah berkurung penuh, hari ini, ketika sekatan diperluaskan di seluruh Shanghai dan bandar-bandar utama lainnya untuk mengawal penularan yang mencabar strategi sifar toleransi COVID di negara itu.

    Bandar selatan Shenzhen mengenakan langkah tersebut kelmarin untuk mengawal penularan Omicron di kawasan kilang-kilang dan kejiranan yang dikaitkan dengan berhampiran Hong Kong, yang merekodkan jumlah kematian harian ketika virus terus merebak.

    Pembekal utama Apple, Foxconn menggantungkan operasinya di Shenzhen, menurut syarikat tersebut hari ini, ketika perintah berkurung memberi kesan teruk kepada aktiviti ekonomi di seluruh hab perkilangan.

    Shenzen adalah salah sebuah daripada 10 bandar di seluruh negara yang mengurung penduduknya, meskipun langkah diambil pada Isnin di beberapa buah kawasan di hab utama yang lain termasuk Dalian, Nanjing dan Tianjin, yang berhampiran dengan ibu kota.

    Pegawai kesihatan memberi amaran sekatan ketat mungkin dikenakan, ketika kerisauan semakin memuncak mengenai pendekatan ‘sifar COVID’ China semasa menghadapi varian Omicron yang mudah berjangkit.

    Pihak berkuasa melaporkan 2,300 kes baharu di seluruh negara dan hampir 3,400 sehari sebelumnya, angka tertinggi dalam masa dua tahun. “Terdapat banyak kluster kecil di bahagian perkampungan pedalaman dan di kawasan kilang-kilang,” kata pegawai bandar Shenzhen, Huang Qiang hari ini.

    “Ini menunjukkan risiko tinggi jangkitan komuniti, dan lebih banyak langkah berjaga-jaga diperlukan.”

    Gambar-gambar dikongsikan AFP oleh penduduk Shenzhen menunjukkan tempat laluan masuk kawasan perumahan dihalang oleh penghalang plastik yang besar.

    Saham teknologi menjunam di pasaran saham Hong Kong hari ini, ketika kebimbangan mengenai kesan penularan virus di Shenzhen – hab bagi Foxconn, dan Huaweo serta Tencent – menakutkan pelabur. – AFP

    Pekerja kilang beratur untuk menjalani ujian COVID di luar pejabat mereka di Beijing. Bandar Shenzhen memulakan perintah berkurung penuh ke atas 17 juta penduduknya bagi mengawal penularan COVID. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...