Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    China lapor 10,000 kes baharu COVID

    BEIJING, 11 NOV – Ibu negara China Beijing telah menutup taman bandar dan mengenakan sekatan lain ketika negara berdepan gelombang baharu kes COVID.

    Di tempat lain, lebih lima juta penduduk dikenakan perintah berkurung hari ini di selatan hab pengeluaran Guangzhou dan bandar barat Chongqing.

    Negara itu melaporkan 10,729 kes baharu hari ini, hampir kesemua mereka diuji positif walaupun tidak menunjukkan simptom.

    Dengan sebilangan besar daripada 21 juta penduduk di Beijing menjalani ujian hampir setiap hari, 118 kes baharu telah dicatat di bandar itu. Kebanyakan sekolah beralih kepada kelas dalam talian, hospital mengehadkan perkhidmatan dan beberapa kedai dan restoran ditutup, dengan kakitangan diarah menjalani kuarantin. Video di media sosial menunjukkan penduduk di beberapa kawasan membantah atau melawan polis dan pekerja kesihatan.

    Kerajaan telah berkata ia akan mengurangkan jumlah masa yang diwajibkan untuk kuarantin bagi penumpang yang masuk ke negara. Kedutaan AS pada minggu ini mengingatkan rakyatnya untuk mengelak mengunjungi China melainkan perlu.

    “Tuntutan ujian setiap 24 hingga 48 jam amat menyusahkan. Budak-budak paling teruk terjejas kerana mereka perlu pergi ke sekolah,” kata Ying Yiyang, yang bekerja di firma pemasaran.

    Sekatan di Guangzhou dan kawasan lain dijangka berakhir pada Ahad, tetapi pihak berkuasa telah berkali-kali melanjutkan sekatan tanpa memberikan sebarang penjelasan. – AP

    Seorang pekerja kesihatan mengambil sampel daripada seorang wanita warga emas di kerusi roda di tapak ujian COVID di Beijing kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...