Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    China lepaskan 200,000 sturgeon ditemukan di Sungai Yangtze

    WUHAN, 26 MAC – China akan melepaskan 200,000 sturgeon China ke Sungai Yangtze, sungai terpanjang di negara itu mulai Sabtu sebagai sebahagian daripada usahanya untuk melindungi ikan yang jarang ditemui itu.

    Sturgeon ialah ikan besar daripada famili Acipenseridae yang telurnya dijadikan kaviar.

    Kumpulan pertama 100,000 ikan telah dilepaskan di bandar Yichang di Provinsi Hubei kelmarin dan dua kelompok lagi akan menyusul, menurut China Three Gorges Corporation yang telah membuat pelepasan seperti itu setiap tahun sejak 1984, lapor Xinhua.

    Sturgeon China yang wujud sejak 140 juta tahun, adalah antara spesies vertebrata paling purba di bumi dan berada di bawah perlindungan Kelas-A di China. Ikan yang dilindungi itu dibiak dan dibebaskan ke persekitaran semula jadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku...
    - Advertisment -