Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Cremonese cipta kejutan Piala Itali

    MILAN, 2 FEB – Cremonese melakar satu lagi kejutan dalam perlawanan Serie A untuk Piala Itali semalam setelah berjaya menewaskan Roma 2-1 untuk mara ke separuh akhir buat kali kedua dalam sejarahnya sekali gus yang pertama dalam 36 tahun.

    Cremonese yang berada di tempat terakhir, tanpa kemenangan dalam liga, memperoleh kemenangan pialanya di Napoli pada pusingan terakhir dengan menyingkirkan Roma, kelab pimpinan Jose Mourinho.

    Ia akan berdepan Fiorentina pada separuh akhir pertamanya sejak 1987. Manakala aksi separuh akhir lain pula menyaksikan Inter Milan bertemu sama ada Juventus atau Lazio.

    Kemenangan Cremonese di Napoli adalah perlawanan pertama jurulatih Davide Ballardini dan disusuli dengan keputusan seri di Bologna dan kekalahan tipis kepada Inter dalam Serie A.

    Perlawanan semalam di Stadio Olimpico Rom adalah suku akhir pertama Cremonese sejak 1997 tetapi para pemainnya tidak membenarkan momen tersebut menjejaskan mereka dan mereka mencatat prestasi mengagumkan dari awal permainan.

    Pemain pertahanan Roma, Marash Kumbulla sebahagiannya dipersalahkan atas gol pembukaan, bagaimanapun, disebabkan dia mengambil masa terlalu lama menahan bola, membolehkan Cyriel Dessers merampasnya di garisan tengah dan meluru ke kawasan di mana dia dijatuhkan oleh penjaga gol Rui Patrício.

    Dessers melepaskan sepakan penalti tepat ke penjuru kiri, membenarkan pihak lawan mendahului pada minit ke-28.

    Mourinho melakukan pertukaran pada babak pertama tetapi Cremonese menggandakan kelebihannya empat minit selepas masa rehat.

    David Okereke berjaya menembusi sayap kanan dan membuat hantaran bola ke arah Charles Pickel, yang cuba menjentiknya kepada Frank Tsadjout tetapi ia ditepis dan memasuki gawangnya sendiri oleh pemain pertahanan Roma, Mehmet Çelik, menjadikankan suasana perlawanan berubah kembali bersemangat. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...