Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Crown akan mula dipasarkan ke seluruh dunia

    TOKYO, 15 JULAI – Model mewah Toyota di Jepun, Crown, mula dijual di seluruh dunia buat kali pertama, termasuk di Amerika Syarikat (AS).

    “Saya sangat teruja mengumumkan hari ini bahawa kenderaan terbaharu Toyota, Crown akan ditawarkan bukan sahaja di Jepun tetapi seluruh dunia buat kali pertama,” kata Ketua Eksekutif Toyota, Akio Toyoda kepada pemberita hari ini.

    “Sebuah kereta yang boleh menjadi pencapaian terbaik kami,” katanya.

    Crown generasi ke-16, pengeluarannya akan bermula pada Januari, dengan menampilkan empat jenis kenderaan dengan sistem hibrid; kereta sedan yang hampir sama dengan Crown di jalan raya Jepun; kenderaan sport dan wagon crossover yang dipanggil ‘estate’, kata syarikat itu.

    Crown akan dijual di 40 buah negara, dengan Toyota Motor Corp. menyasarkan penjualan kenderaan sebanyak 200,000 setiap tahun di seluruh dunia. Versi kereta termurah bermula pada harga 4.35 juta yen (AS$31,000) di Jepun.

    Sementara itu, Toyoto, pembuat kereta utama di Jepun, menjual sekitar 10 juta kenderaan setiap tahun di seluruh negara. Ia mempunyai barisan kenderaan mewah global yang berjaya yang dikenali sebagai Lexus, yang mana model termurahnya dijual pada harga kira-kira AS$35,000 di AS.

    Sejarah Crown selari dengan kebangkitan Toyota dalam ekonomi moden Jepun, dengan kereta sedan pertama yang dijual di Jepun pada 1955. ‘Some day a Crown’ adalah slogan yang telah digunakan selama bertahun-tahun tetapi jenama itu tidak dikenali di luar negara.

    Toyoda menggelar Crown sebagai satu kebanggaan Jepun. Pengasas syarikat, Kiichiro Toyoda, adalah datuknya yang memberi nama jenama tersebut. – AP

    Crown, model mewah Toyota di Jepun mula dijual di seluruh dunia buat kali pertama termasuk AS. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...