Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Dibunuh hanya kerana salah eja

    LUCKNOW, 27 SEPT – Gara-gara kesalahan ejaan, seorang pelajar berkasta rendah dipukul sehingga mati oleh gurunya, menurut pegawai hari ini, selepas meredakan bantahan ganas dicetuskan oleh insiden itu.

    Pelajar itu, Nikhil Dohre dipukul dengan batang besi dan disepak terajang sehinggalah dia jatuh pengsan oleh guru sekolah menengahnya awal bulan ini selepas tersalah eja perkataan ‘social’ dalam satu peperiksaan, menurut aduan bapanya kepada polis.

    Dohre, 15, mati akibat kecederaan pada Isnin di sebuah hospital di negeri utara, Uttar Pradesh manakala tertuduh telah pun melarikan diri dari kawasan itu. “Dia melarikan diri namun kami akan menangkapnya tidak lama lagi,” pegawai polis Mahendra Pratap memberitahu AFP.

    Dohre adalah daripada golongan Dalit yang merupakan kasta terendah dalam sistem kasta India yang sering didiskriminasikan dan tidak disukai selama berabad-abad lamanya.

    Kematian Dohre membawa kepada bantahan jalanan pada Isnin selepas beritanya tersebar di daerah Auraiya, lokasi serangan. Orang ramai menuntut guru itu diberkas sebelum mayat budak lelaki itu dibakar dan pembantah turut membakar kereta polis.

    “Puluhan pembantah telah diberkas,” kata Singh. “Kami menggunakan kekerasan untuk mematahkan bantahan dan keadaan selepas itu terkawal,” Superintenden Polis, Charu Nigam memberitahu wartawan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...