Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dinar Iraq merosot, rakyat protes

    BAGHDAD, 25 JAN — Beratus-ratus penunjuk perasaan kelmarin berhimpun berhampiran Bank Pusat di ibu negara Iraq, Baghdad, berang dengan penurunan nilai dinar Iraq baru-baru ini dan menuntut kerajaan mengambil tindakan untuk menstabilkan mata wang.

    Penunjuk perasaan terutamanya golongan muda berhimpun di tengah-tengah kehadiran pasukan keselamatan yang besar, sambil membawa bendera Iraq dan sepanduk dengan slogan, “Ahli politik adalah pihak yang menyembunyikan rasuah kewangan oleh bank.”

    Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani baru-baru ini menerima peletakan jawatan gabenor Bank Negara, Mustafa Ghaleb Mukheef, berikutan kejatuhan dinar Iraq selama berminggu-minggu. Mukheef, yang memegang jawatan itu sejak 2020, digantikan oleh Muhsen al-Allaq sebagai pemangku gabenor.

    Dinar mencecah paras terendah baharu pada Jumaat lalu, mencecah kira-kira 1,670 berbanding dolar. Mata wang itu telah kehilangan hampir 7 peratus daripada nilainya sejak pertengahan November. Kadar rasmi ialah 1,470 dinar untuk AS$1.

    Beberapa ahli politik di Iraq menyalahkan penurunan tersebut disebabkan langkah-langkah baru-baru ini oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

    AS mempunyai kawalan yang signifikan ke atas bekalan dolar Iraq kerana rizab mata wang asing Iraq disimpan di Rizab Persekutuan AS. Lewat tahun lalu, Rizab Persekutuan mula mengenakan langkah lebih ketat ke atas urus niaga, yang telah memperlahankan aliran dolar ke Iraq, termasuk menyenaraihitamkan beberapa bank daripada pasaran dolar kerana disyaki terlibat dengan pengubahan wang haram. – AP

    Penunjuk perasaan membantah di hadapan Bank Pusat Iraq ketika mata wang menjunam berbanding dolar AS, di Baghdad, Iraq, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...