Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Clippers tundukkan Lakers

    MIAMI, 25 JAN – LeBron James semakin hampir memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang masa NBA selepas menjaringkan 46 mata tetapi tidak dapat menghalang Los Angeles Lakers daripada tewas 133-115 menentang Los Angeles Clippers, kelmarin.

    Ikon bola keranjang berusia 38 tahun itu kembali mempamerkan prestasi terbaik menerusi persembahan memukau, meraih sembilan jaringan tiga mata terbaik dalam kariernya namun usahanya sia-sia ketika menentang pasukan Clippers yang diketuai oleh Paul George dan Kawhi Leonard.

    James meninggalkan gelanggang sejurus selepas Clippers melengkapkan kemenangan berturut-turut yang menyaksikan mereka mendahului sebanyak 23 mata pada separuh masa.

    James berusaha untuk memberi inspirasi kebangkitan semasa suku keempat untuk mendapatkan 10 mata untuk Lakers tetapi Clippers menyusun semula permainan didominasi oleh George dan Leonard untuk meraih kemenangan.

    Satu-satunya saguhati untuk James ialah dia kini semakin hampir untuk mengatasi legenda Lakers, Kareem Abdul-Jabbar sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa NBA.

    James memerlukan 178 mata lagi untuk mengatasi pungutan 38,387 mata oleh Abdul-Jabbar, salah satu rekod yang paling diidam-idamkan dan paling lama dalam bola keranjang.

    Pada prestasi semasa, James berada di landasan betul untuk memecahkan rekod dalam masa dua minggu akan datang.

    Jurulatih Lakers, Darvin Ham mengakui pasukannya tidak memberikan James sokongan yang sepatutnya.

    “Saya gembira untuknya, tetapi kami perlu menjadi lebih baik,” kata Ham. “Kami perlu memberi sedikit bantuan di kawasan lain.”

    Lakers kini mencatat 22-26 dan berada di tangga ke-13 dalam kedudukan Western Conference manakala Clippers meningkat kepada 26-24 untuk naik ke tangga kelima. – AFP

    Aksi LeBron James (kiri) dan Kawhi Leonard semasa separuh masa kedua permainan bola keranjang NBA di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...