Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dinesvaran tunjuk impak di AS

    KUALA LUMPUR, 8 MAC – Pemain ragbi Malaysia, K. Dinesvaran tidak menunggu lama untuk mencipta nama di bumi Amerika Syarikat (AS), selepas disenarai dalam skuad terbaik mingguan saingan Major League Rugby (MLR) 2023.

    Menurut https://www.majorleague.rugby/ hari ini, Dinesvaran bersama rakan sepasukannya di kelab Chicago Hounds, Charlie Abel antara 15 pemain yang disenarai dalam skuad terbaik aksi minggu ketiga.

    Dinesvaran yang dikenali dengan panggilan Duke menjadi pemain ragbi negara pertama beraksi di AS.

    Pemain berusia 35 tahun itu menandatangani kontrak bersama Chicago Hounds untuk berhijrah ke negara itu pada Januari lepas, setelah hampir 10 tahun beraksi di Jepun masing-masing mewakili Yamaha Jubilo dan Hino Red Dolphins dari 2013 sehingga 2022.

    Dinesvaran turut membantu Putrajaya merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Piala Agong, Disember lepas.

    Daripada keseluruhan 12 pasukan, Chicago Hounds kini di tangga kelima MLR dengan mengumpul satu mata selepas mengalami kekalahan dalam dua aksi pertama. – Bernama

    Pemain ragbi Malaysia, K. Dinesvaran, cipta nama di AS. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...