Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Dua kanak-kanak tercedera, insiden tembakan di London

    LONDON, 15 JAN – Lima orang, termasuk dua kanak-kanak berumur antara tujuh dan 12 tahun cedera dalam satu kejadian tembakan di tengah London baru-baru ini.

    Penyerang dilaporkan melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak. Kejadian berlaku pada 1:29 petang waktu tempatan di sekitar Gereja St Aloysius ketika upacara pengebumian sedang berlangsung di Euston, lapor agensi Anadolu.

    Polis dan anggota medik dari Perkhidmatan Ambulans London dikerah ke lokasi kejadian.

    Polis Metropolitan memaklumkan bahawa tiga wanita, berumur 48, 54 dan 41 tahun, dibawa ke hospital dan kecederaan mereka dinilai sebagai tidak mengancam nyawa. – Bernama

    Pegawai forensik polis sedang menjalankan tugas di tempat kejadian, di utara London, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...