Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Dunia kutuk serangan ke atas Imran Khan

    NEW DELHI, 4 NOV – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan semakin pulih di hospital hari ini selepas cubaan membunuhnya yang kerajaan salahkan ke atas kumpulan pelampau.

    Serangan ke atas konvoinya yang kelihatan dilakukan seorang lelaki bersenjata, membunuh seorang lelaki dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 yang lain, menyemarakkan lagi krisis politik yang mencengkam negara itu sejak Khan disingkirkan pada April.

    “Keadaannya stabil. Tekanan darahnya, tanda vital baik. Beliau boleh bercakap,” kata Dr Faisal Sultan dari Hospital Shaukat Khanum di Lahore.

    Protes besar-besaran telah berlaku di kebanyakan bandar termasuk Lahore, Faisalabad, Rawalpindi, Karachi dan Peshawar sebagai sokongan terhadap Imran. Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Amerika Syarikat, Kanada dan Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan.

    Pemimpin PTI mendakwa terdapat konspirasi untuk menghapuskan Imran daripada kancah politik dan bekas perdana menteri itu sendiri telah bercakap secara terbuka mengenai ancaman terhadap keselamatannya.

    Seorang suspek kini ditahan polis dan menerusi video yang tular di media sosial lelaki itu mengaku mahu membunuh Imran.

    Pemimpin kanan PTI, Zartaj Gul Wazir, memberitahu saluran televisyen Bol orang ramai berang dengan insiden cubaan membunuh Imran itu.

    Serangan itu turut mencetuskan reaksi dari pemimpin dunia.

    “Demokrasi hanya berfungsi apabila kita menggunakan kata-kata bukannya senjata. Tiada pemimpin politik harus menghadapi keganasan atau ugutan. Doa saya mengiringi Imran Khan dan rakyat Pakistan pada masa ini,” kata Datuk Bandar London, Sadiq Khan. – Bernama/AFP

    Penyokong Imran Khan membaling batu kea rah polis semasa membantah insiden penembakan Khan, di Rawalpindi, Pakistan, 4 November. –AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...