Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ed Sheeran teruja timang anak kedua

    Dalam diam, rupa-rupanya penyanyi terkenal Ed Sheeran sudah menimang cahaya mata perempuan namun tidak berkongsi tarikh kelahiran anaknya itu.

    Menerusi laporan Hollywoodlife, Ed Sheeran hanya mengumumkan bahawa dia dan isterinya iaitu Cherry Seaborn teruja menyambut kehadiran puteri kedua mereka.

    “Mahu memaklumkan kepada awda semua, yang kami mempunyai seorang lagi anak perempuan yang cantik. Kami berdua sedang dilamun cinta dengannya.

    “Dan sekarang, kami sudah berempat,” tulis Ed Sheeran di laman Instagram miliknya.

    Penyanyi lagu Joker And The Queen itu hanya memuat naik foto memperlihatkan sarung kaki anak damit berwarna putih di Instagram miliknya. Ed Sheeran dan isteri sangat menjaga privasi kehidupan peribadi namun pada May 2021, dia mendedahkan sudah mempunyai seorang anak perempuan. – Agensi

    Ed Sheeran sudah menimang cahaya mata perempuan kedua namun tidak berkongsi tarikh kelahiran anaknya itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...