Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Empat anggota tinggalkan VE, enggan jadi racun

    Undur diri daripada VE, itu keputusan dibuat demi tidak menjadi ‘racun’ yang boleh memburukkan nama kumpulan vokal berharmoni popular yang ditubuhkan pada 1997 itu.

    Meskipun perjuangan terhenti bersama VE namun, empat bekas anggotanya, Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz tidak pernah berputus asa meneruskan kerjaya nyanyian.

    Malah, bakal tampil dengan nama kumpulan baharu dan merancang menghasilkan dua single, tidak lama lagi.

    Bekas anggota VE paling senior, Cham berkata, mereka enggan lagi menoleh ke arah konflik yang berlaku selama lebih dua bulan sepanjang berada dalam program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

    “Kami tetap akan terus melangkah ke hadapan, insya-Allah. Kami ada banyak perancangan yang pada asalnya mahu diteruskan bersama VE.

    Bekas anggota VE memilih memutuskan persahabtan dengan Zaf yang membangkitkan penggunaan nama kumpulan vokal harmoni itu. – Agensi

    “Namun, kami tidak mahu mengambil hak orang, jadi biarlah kami mengalah. Kami merancang mahu mengadakan siri jelajah dan menghasilkan dua single dengan menggunakan nama lain.

    “Nama kumpulan baharu akan diumumkan, tidak lama lagi,” kata Cham kepada BH Online.

    Kelmarin, Adeep, Cham, Hakim dan Fakhiz mengumumkan mengundurkan diri daripada kumpulan VE menerusi sidang media tergempar di sebuah premis acara di Petaling Jaya, Selangor.

    Meskipun keputusan itu sukar dibuat, namun mereka nekad mening-galkan VE kerana enggan memanjangkan isu yang boleh memburukkan nama VE, susulan anggota asal VE, Zaf menyuarakan pandangan agar menggunakan nama lain sekiranya mahu terus aktif selepas program realiti, GV9 melabuhkan tirai.

    Zaf memberi alasan Cham, Adeep, Hakim dan Fakhiz bukanlah anggota asal VE.

    Sebaliknya, dakwa Zaf, VE diasaskannya bersama Shah dan Lah. Malah, Cham hanya menyertai VE pada 2000, disusuli Damian Mikhail pada 2003.

    Mengimbas pembabitan Hakim dan Adeep pada 2018, Cham atau nama sebenarnya, Charma Adizalilullah Abdul Khalil berkata, mereka menyertai VE atas persetujuan anggota asal yang lain. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...