Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Erdogan beri amaran serangan Al Aqsa

    ANKARA, 20 APRIL – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Selasa menggesa rakan sejawatannya dari Israel Isaac Herzog supaya tidak membenarkan ‘provokasi dan ancaman’ terhadap status dan kesucian Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

    Dalam catatan di akaun Twitternya, Erdogan berkata beliau mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Herzog mengenai isu serantau dan hubungan dua hala, terutamanya insiden membabitkan ‘beberapa kumpulan radikal Israel dan pasukan keselamatan di Palestin’.

    Erdogan ‘amat kecewa’ dengan insiden di Tebing Barat dan perkarangan Masjid Al-Aqsa yang menyebabkan rakyat Palestin cedera atau terbunuh sejak bermulanya Ramadan. 

    Saban tahun insiden berpunca daripada pihak radikal ini mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, katanya.

    Sejak beberapa minggu lalu, ketegangan antara Israel dan Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur kian memuncak.

    Kira-kira 200 rakyat Palestin cedera dalam gelombang pertempuran baru-baru ini, terutamanya di perkarangan Masjid Al-Aqsa. 

    Perbincangan itu diadakan di tengah-tengah usaha perdamaian antara Israel dan Turki, yang hubungan kedua-duanya tegang sejak 2010. – Bernama

    Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semasa menyampaikan ucapan pada mesyuarat kumpulan parlimen parti pada Perhimpunan Negara Turki di Ankara kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...