Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Estet padi berskala besar dibangunkan di Sabah, Sarawak

    KUALA LUMPUR, 9 MAC – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi FELCRA Berhad akan membangunkan estet padi berskala besar di Sabah dan Sarawak bagi menangani isu keterjaminan makanan negara.

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia melibatkan kawasan Parlimen Kota Belud dan Kota Marudu di Sabah serta Parlimen Sri Aman di Sarawak dengan keluasan sekitar 15,000 hingga 20,0000 hektar.

    “Estet padi ini akan kita buka tanpa menghilangkan hak tanah kerajaan negeri dan hak milik individu sepertimana yang berjaya dilaksanakan di Pasir Salak yang dikenali sebagai Estet Padi Seberang Perak.

    “Saya telah meminta sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat kementerian dan kerajaan negeri digerakkan sepenuhnya dua hari lepas untuk memberikan beberapa input yang diperlukan kepada kementerian bagi membantu Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keterjaminan Makanan,” katanya.

    Ahmad Zahid yang berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini turut merakamkan penghargaan terhadap kedua-dua kerajaan negeri atas komitmen tinggi yang ditunjukkan bagi membolehkan hasrat itu direalisasikan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...